Friday 12 July 2013

baru tahu ke aku designer ?

Assalamualaikum


uppsss , sorry gambar aku besar . this is my blog .so,suka hatilah aku nak letak gambar besar ke kecik ye dakk . jangan marah yeee . kalau tak suka pi buat blog pastu letak besar besar gambar hang kat situ . 

okey stop . sebenarnya aku saja je nak letak gambar aku kat situ pastu edit edit sikit so tak nampaklah jerawat seketul kat hidung aku tuh .hoho . agak agak muka aku ni boleh jadi designer ke ? haha . ngada tau kau ni najwa =='   .soalan yang susah nak dijawab . tapi bagi aku boleh kot .haha

meh nak cerita ni,tadi pagi sesampai jee sekolah dah kena terjah dengan si kembar hazimah ni haa. datang datang kat aku terus dia tonyoh pipi aku pastu dia suruh aku buatkan header baru untuk blog dia .eh,hello ! bukan sekali je eh dia suruh buatkan tapi dah masuk yang ke berapa entah laa . so,nampak tak disitu bakal bakal designer .hahha 



haa,nampak tu punya ke pening aku nak match kan dia punya background dengan header . simple jee aku punya design . memandangkan dia suka photographer ni so aku letak gambar camera kat situ .comel pehh .
nampak kemas sikit tak adalah berserabut .sebab dia punya background jalur jalur so aku gunakan header dia plain . actually aku tak tahu mana satu yang sesuai antara keempat empat tu . korang boleh suggest kan tak ?

hoho.btw,bukan dia jee aku buat kan tapi si kakak kembar dia pun sama tau . ni haa blog nya haziqah tapi yang ni aku design satu blog tu .kalau si hazimah ni aku just tukar dia punya header jee .ada juga lagi satu aku designkan blog orang .kawan aku juga . ni haa blog harihays irkif .gambar header tu dia yang nak macam tu so aku ikutkan je laaa .

haaa, macam designer tak aku ? haha . okey perasan -.- .sebenarnya aku bukannya designer ni bagai .bukan ada kemahiran punggg. dieorang suruh buatkan pun sebab tengok blog aku cantik sangatt . ahaks ! malu pulak puji diri sendiri .hahahhahaha . okey najwa ,stop .

so,janganlah pula korang baca semua ni pastu pi ajak ramai ramai kawan suruh aku yang buat semua ni eh . tak cukup cukup tangan aku nak buat . lagipun aku just buat semua nih time free .thats all okey .nampak tak perasan bebeno konon jadi designer .haha

dann sampai disini sahajalah entry untuk kali ini .hope korang enjoy .sorry membosankan.
Assalamualaikum.bubye =D


what puberty did to me

Assalamualaikum

hari semakin hari kita semakin besar .yaaa of course laa kan .siapalaa yang semakin hari semakin kecil . adakah ? tapi tak mustahil laa kan . itu semua kuasa Allah kan . haaa,dokk ceramah pulak daaa . hoho

so,today aku just nak share kat korang semuanya terutama bagi peminat peminat blog aku ni *ahaks ! * . ahh,apa apa je laa kan . 

actually aku buat tajuk cenggitu sebab aku nak juga letak gambar dari aku kecil sampai laa sekarang ni hah . alaaa,yang #whatpubertydidtome tuu selalu kat twitter kanss ? .ye laa aku tengok orang lain buat macam best jee . hoho . nak merasa juga kann. hingat korang je boleh buat ? aku pun boleh laaa !

tadaaa 


comel takk aku ada pau kiri kanan ? haha


ternganga nganga aku nak potong kek . kek harijadi laa katakan . hoho ~
time ni darjah 5 ke 6 cenggitu laa


yang peace pastu ada muncung itik tu time masa baru jee tingkatan satu .lagipun masa tu tengah trend orang buat mulut donald duck . so,aku pun terikut sekali -.-


being weird . lol 

makin dah besar makin malas nak gosok baju .nampak tu baju den ronyok ? hoho.heh ! hello,time tu holiday so iron cemana pun lipat masuk dalam beg tetap ronyok tahu !

and nowwwwww ! here i am ! dah pun enambelas tahun . next week spm ==' .
daripada putih melepak tembam , sekarang ni hitam dah putih dah tak kelihatan dan semakin slim .slim okey ! hahhaha :p

nampak tak perbezaan nya tuu ? bagi aku sama je kot .tak ada apa pun yang lain .muka still cun ,perangai baik,sopan dan perempuan melayu terakhir tu of course ada ! .hahhah .okey perasan -.- 

so,itulaaaa what puberty did to me . hope u guys enjoy .
itu saja for today . cau dulu !
Assalamualaikum .bubye =D



Wednesday 10 July 2013

salam ramadhan

Assalamualaikum


hai semuaaaaaaaaaaaaaa ! . sorry sejak akhir akhir ni aku jarang update blog . disebabkan internet yang lembab membuatkan aku hilang mood nak update blog -.- spoil  mood aku jeee . 

so,ramadan telah pun bermula pada hari ni . siapa tak puasa ? cer angkat tangan . hoho . macam ada pulak orang nak mengaku tak puasa hari ni ye dakkk . dah besar pun dah tak reti reti nak puasa . malu laa sikit dengan budak kecik . siapa yang ponteng puasa tu harap harap laa terasa yeee . hahaha 

cerita tentang ponteng puasa ni siapalah yang tak pernah kan ? aku pun pernah tahu ! <----- nampak tu kejujuran aku . ahaks ! .tapi sekarang ni tak laaa.pernah ponteng pun masa kecik kecik dulu .time kindergarden gituuu .sikit sikit je telefon ibu cakap nak buka puasa sebab tak tahan tengok adik makan .hahhaaha . ibu pun bagi aku buka puasa . haha gembira tak terkata kau boleh buka puasa . kau hado ? 

curi curi makan ? ni mesti ada sesiapa pernah ni .baik mengaku . tak baik tipu dalam bulan ramadan ni . haaaaa .aku walaupun kecik kecik macam tu tapi aku tak curi curi makan tahu . direct terus kalau nak bukan puasa . tak main laa curi curi makan ni .hoho . tapi aku masih ingat lagi masa aku sekolah agama darjah berapa entah aku pun tak hingat . tak tahan punya pasal asyik pi toilet jeee . ehhh,bukan curi curi makan ehh tapi kumur memanjang . nak hilangkan dahaga .hhahaa .manjang muka aku jeee pi tandas .

ada lagi kisah aku dengan puasa ni . time kindergarden juga . masa tu kan campur dengan bangsa lain . so time rehat jee teacher akan bawa makanan bawa masuk kelas . haaa,classs kauu jahh .so,teacher cakap siapa yang tak puasa boleh makan . teacher tanya aku . aku diam japppp . disebabkan aku terliur tengok budak lain makan ,aku pun tipu teacher cakap aku tak puasa tapi balik rumah sambung puasa balik . hahhahahaa .senang nohh hidup .

kekadang teringatkan balik masa dulu dulu nak ketawa aku . macam macam perangai ada . ibu ayah melayan jeee perangai aku . tapi sekarang aku dah tak ponteng ponteng puasa lagi okeyy .sekarang puasa aku penuhh. dulu dulu jeee . al maklumlaaa budak kecik .hoho .sekarang entah apa kenapa aku tak nak pergi bazar . tetibe jee boleh macam tu . first thing sebab iman tak kuat tengok makanan bebanyak lagi lagi kalau bau makan .hadoiiii .kedua,sebab tak boleh tengok air yang penuh dengan ais . ahhhhhhhhh . terkeluar air liur aku . hahaha.
for your information tahun lepas dua je tau aku pergi bazar . tu pun terpaksa -.- hoho .so,jangan nak mengada ngada ajak aku pi bazar ramadan eh . baru tahu kee aku ni mengada ? sadlife -.-

okey,today saja saja jee nak story kat korang semua tentang aku dengan bulan ramadan ni . hope enjoy .
btw,aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam . dalam bulan yang mulia ini memperbanyakkan laa bersedekah yee .tapi jangan lupa bayar zakat dan elakkan pembaziran !

so,ini sahaja untuk hari ini .
Assalamualaikum . bubye =D
selamat berbuka puasa yaaa nanti !