Thursday 27 August 2015

riyad and the geng

Assalamualaikum

set date when im free to riyad sebab nak datang rumah beraya 
for the first time jugaklah dorang datang beraya rumah aku . tapi nasib tak sesat hahaha . dak dah swagggg datang beraya haha . 





memang tak sah kalau tak #ootd dengan dorang ni . for this raya aku pakai dah macam nak shopping bukan nak raya hahaha



beraya kat rumah hariz gila sedap spagetti mak dia masak . thank bebbb


sorry aunty tak sempat nak masuk dalam sebab dah nak malam kiteorg kena balik hehe 


jpo lah bruhhhhh 

memang best lah beraya dengan dorang ni . dengan bergambar ootd tak habis habis . pastu berdisko dalam kereta melayan kerenah si riyad gila hahaaha

anyway thanks kat korang semua sebab datang rumah kita beraya and thanks hariz hantar pi jpo pastu hantar balik lagi . hope entry kali ni okay lahhh yee
assalamualaikum
bubye=D

sentiger raya

Assalamualaikum


seperti biasa every year kena beraya dengan kawan kawan . memula ingatkan tak dapat nak raya sesama sebab semua cuti lain lain tarikhnya . bincang punya bincang akhirnya dapat jugak tarikh yang sesuai . haih macam nak cari tarikh nikah susah noh nak raya sesama -.-

biasalah semua sambung belajar ada yang kerja so perubahan dah lain lain dah . ada yang makin gemuk makin kurus makin hensem makin lawa macam macam ah . ceh dia punya macam dah bertahun tahun tak jumpa padahal baru je berapa bulan -.- ngadanya lahai ><







hotgirlfriendsssss



okay memang susah nak serius 


my new boyfriend kahkahkahh 

kali ni post raya aku tak tunjuk rumah siapa rumah siapa . aku main letak je gambar malas lak nak bagitahu satu satu . banyak jugaklah rumah yang aku beraya . japgi tengah sesedap beraya ehh boleh terjumpa budak sama poli dengan aku ek ehhh kecik je dunia ni .

tahun ni raya best sebab ramai yang dah ada lesen kereta so memang ramai yang bawa kereta . so memang muka kau ni tumpang je lah . terima kasih banyak banyak to sureen and zahin because be our driver hehehe .


and tak lupa jugak kat sofea ngn tuan sebab datang rumah aku . walaupun korang tak dapat join raya sesama tapi still ada masa raya rumah aku sebelum aku balik poli . sweet sangat sayang korang <3

penat tu memang penat tapi best lah dapat erkumpul lagi sesama . bukan selalu dah macam dulu kan . so hope korang enjoy for this entry .

assalamualaikum
bubye =D

eidulfitri

Assalamualaikum

walaupun raya baru je habis tapi aku rasa tak salah kalau aku nak post pasal raya . lagipun tahun ni aku belum post gambar raya aku kannnn . so why not lambat . 

rasa nak balik rumah tu haih tak sabar sabar nak balik , duk tengok pelita kat poli hmm sayunya lahaiii . hati semua dah kat rumah dah time tu . kalau boleh habis kelas terus nak naik bas balik haha . tapi akhirnya dapat jugak beraya kat rumah cehhh cakap macam jauh sangat poli dengan rumah padahal 2 jam je dah sampai . ok aku memang over -.-

tahun ni raya aku biasa biasa je hanya bersederhana saja . but the best things bila nampak pak ngah balik sekali beraya dengan kita semua . lama gila tak beraya dengan pak ngah . tahun ni dapat jugak beraya dengan pak ngah even hanya sehari je pun dah okay dah . 

lagipun tahun ni aku raya seminggu jee daat sambut kat jb pastu dah kena balik poli sambut kat sana je lahhh gayanya huhuhu


tema tahun ni adalah purple sampaikan ada classmate aku tanya 
" kau ni memang suka warna purple ehh sebab aku tengok kau pi kelas asyik warna purple jee " hahah sebenarnya aku pun tak tahu . kebetulan je tu warna madah purple jee 


 
haa yang tengah tenagh tu lah pak ngah aku . haih susah nnoh nak jumpa apatah lagi nak raya sesama , datang datang je semua dah besar besar mana nak kenal semua 


sama tak muka kita ??




sorrylah banyak gambar selfie lebih . ye lah tak de siapa nak amekkan gambar aku . so selfie je  lah . haha poyossss . 

apa apa pun aku just  nak cakap selamat hari raya maaf zahin dan batinnnn ! 

assalamualaikum
bubye =D

Friday 24 July 2015

sambung belajar bruhhh

Assalamualaikum

dalam otak asyik terfikir macam mana kehidupan aku kat asrama nanti al maklumlah tak pernah duduk asrama sebelum ni . anak manja memang macam ni 

nak dikatakan aku pilih course ni tak jugak sebenarnya . tak alih alih dapat course ni nak tak nak terima je lah . aku dapat course sains kesetiausahaan haa nak menyebut dia pun bukan main payah lagi haha . tak terfikir dalam benak fikiran aku nak jadi secretary . lain yang dimita lain yang dapat ishh memang menyakitkan hati . so cubalah je lahhh . yang penting dapat sijil haha .

dapat kat poli mersing aih takde lah jauh sangat tapi yang paling menyedihkan takde shopping mall pun . ada pun pantai hmm bolehlah dari takde -.-

sampai je poli memang muka macam cuka habiss . biasalah first first memang gini . bila dah daftar dah dapat bilik kamsis huhhh alhamdulillah lega japp . punya lah beratur panjang nak daftar semua tuh . panas tu tak yah cakap lah . 



setakat ni dapat roomate yang boleh tahan sama sama gila hahaha



kamsis dia not bad lah . moden sikit lahh . ada bilik gosok ada bilik pantri siap ada water heater lagi pastu ada toilet tu semestinya lah kann and ada washing machine yayyyy . poli memang memahami hati aku betul yang jenis pemalas nak basuh tangan hahah 

dah siap keluarkan baju masuk dalam locker semua dah kena pergi dewan yang jauh nyaaaaa errr . dan bermulalah minggu suai kenal . dari pagi sampai malam uishhh penat mmg lah penat sampai tak sempat nak basuh baju kauu haha . tiga hari je msk dia tapi rindu jugaklah walaupun kena teruk dengan faci faci tapi best ahh . pengalaman yang aku takleh lupa aku kena lari dari dewan tu ke bilik sebab tak pakai stokin maigaddd korang bayangkan reramai berlari dengan perempuan yang berkain . aku memang sah lah angkat kain lari lantak dah org nampak ke tak hahaha 

akak faci kak nad 





macam macam lah kiteorang kita time msk tu . kena marah maki semua dah kena dah . tapi bende tu lah yang jadikan kita matang sebenarnya cewahhh ayat hahaha

nak dapat kawan aku senang jee takde masalah pun bagi aku . ajak je selfie mesti dorang nak haha

belajar everything semua setakat ni ok lah . hope semua nya berjalan dengan lancar lah 



oklah setakat ni je kot entry aku kali ni . kalau nak tahu apa apa aktiviti aku just tengok kat insta aku je lahh eh . ig :izwapurpink

hope u guys enjoy eh haha
Assalamualaikum bubye=D

last day at Hangten JPO

Assalamualaikum

setelah sesawang menebal kat blog ni baru aku nak update blog uishh teruk betul perangai . sorry lah korang sebab tak berkesempatan nak update blog sejak sejak habis spm ni habis semuanya tergendala . busy mengalahkan menteri aku ni -.- 

ekceli harini aku nak update hari hari terakhir aku kat tempat kerja aku . cehhhh update pasal kerja pun tak tetibe nak update pasal last day kerja hahaha . ok lah aku cerita sikit tentang kerja aku ni eh . 

sebelum spm lagi aku dah fikir nak kerja lepas habis je exam tapi dalam tiga bulan jugak lah aku mereput kat rumah . duk cari kerja sana sini tak dapat dapat apa malangnya nasib badan ni . tapi bila ada kawan bagitahu kat jpo ada kerja kosong dan sangat memerlukan orang haa aku apalagi terus pergi interview . agak bertahun jugak aku tak pergi jpo ni ye lahh semua kedai branded tak mampu lah oiii nak beli memang telan air liur je lah kan . tup tup dapat boleh bekerja . aku start kerja bulan dua . 

memang penat gila first time kerja dah lah kena hari ahad dah nak raya cina hamek kauuu penat dia macam mana . lapan jam berdiri memang mengigil lutut ni haa . al maklumlah aku takde pengalaman bekerja sebelum ni so agak penat jugak ahh kaku pun ada . tapi dalam seminggu dua gitu dah ok ahhh . dah kenal dahh jiran kedai depan kiri kanan haha . 

ehh copppp aku duk sedap bercerita lupa lak nak bagitahu nama tempat kerja aku . nama kedai tu Hangten ,JPO . memang tak pernah dengar kan ? tapi itu lah kedai yang paling murah antara kesemua kedai kedai yang ada kat jpo tu . so takde alasan lah takleh shopping kat jpo okayyy . 


dalam empat bulan lebih aku kerja kat situ . aku ingat boleh sampai raya aku kerja kat situ tapi bukan rezeki aku lelama kat sana . sedih jugak bila nak berhenti ni sebab aku suka gila enviroment dia kat sana . ramai tourist so aku dapat improve kan english aku haha . best gila kot dapat serve customer yang dari overseas lagi lagi kalau yang jenis peramah memang dorang akan ajak berbual sekali terus lancar english aku hahaha .

macam jenis perangai customer aku dah serve dan bermacam macam orang aku dah serve jugak . cakap je dari mana semua ada . macam macam kerenah tapi tu lah yang best sebenarnya . mak datin dato semua ada haaa .





last day kerja tu memang berat sangat nak berhenti tapi nak tak nak kena jugak berhenti sebab nak sambung belajar kann hmm . pastu dorang semua kat sana semua baik baik sangat dengan aku sampai buatkan birthday suprise kat aku tu yang sayang nak tinggalkan kerja nih  tapi tak apalah demi masa 
depan kann haha poyo gila ayat . lagi lagi aku sorang yang paling muda dalam kedai tu haihh ofcos sukaaa haha .

dah last day kerja tu of course lah aku asyik bergambar je kan . meh sini aku share kat korang


selalu sangat cari pasal dengan dia . fazz

awie cotton on kids

this is one of my sisiter at hangten haha her name is rain


ni my classsmate sureen cotton on kids


haa yang comel tu atiq kerja kat lacoste

bang wan rockport

hangten crew

haaa tu semua adalah staf staf yang aku kenal kat sana . actually ada je yang lain tapi tak sempat nak bergambar maaf laa yee . and kepada yang cakap kat jpo pekerja semua tak boleh bertudung tu salah sama sekali okay . depends pada kedai lah korang ,ada kedai yang ambil pekerja bertudung ada kedai yang tak . so janganlah memandai buat andaian sendiri okay . haa nak habaq mai ni jpo sekarag enough sale up to 70% naaaa !

anyway thanks to cindy rain leena sebab selalu sangat belanja adik u ni makanan hahaha 

ok lah rasanya ni je kot yang nak share . aku pun dah kaku nak update blog ni haa . ok padan muka pada diri sendiri ><

hope u guys enjoys
Assalamualaikum bubye =D

Friday 23 January 2015

selamat tahun baru !

Assalamualaikum

hai semuaaaa sorry sejak sejak cuti sekolah nih aku langsung tak update blog . last pun update pasal legoland . bukak bukak je entry yang sama hahaha . al maklum lah cuti panjang ni kan dia punya malas tahap gaban nak update blog tuh haihhh tak tahu lah nak cakap macam mana . hikhik . 

aku harap tak lambat lagi nak wish selamat tahun baru walaupun dah ke akhir bulan satu hahahah teruk ! aku ikutkan hati memang nak update tepat satu januari tapi disebabkan nafsu malas yang melampau ni membuatkan aku tangguh untuk update blog . macam biasa lah kalau dah masuk tahun baru nih semua dah sibuk mula sekolah mula kerja kann busyy . tapi aku dah habis sekolah dah punn hahaha nak kata kerja tak jugak lagi sibuk memanjang kat rumah . 

memandangkan tahun 2014 dah pun berlalu aku pun nak throwback kenangan kenangan tahun 2014 . bagi aku tahun lepas aku banyak spent time dengan kawan aku kat sekolah . ye lah tahun akhir kan . 


stokin itulah nama kucing aku . hadiah sempena hari jadi aku yang ke tujuh belas tahun . sukaaaaaa sangat dapat kucingggggggg


masa ni kiteorang pergi wedding anak cikgu azmah . tu pun ada yang tak dapat pergiii


maulidur rasul


merentas desa


hari sukan


aku rasa tahun lepas aku banyak berselfie . mana taknya bebudak nih bawa phone pi sekolah haihh memang selfie lah jawabnya 


hari guru


raya tahun lepas memang bestttt . dari kul 10 pagi sampai kul 7 baru sampai rumah hahaha . raya sakan gituuuu



ya ya yaaa spm


dan ni paling best sekali kiteorang pergi legolanddd yayyyyy . kali kedua aku pergi pehhh . nak pergi lagi kahkah 

tahun lepas tahun sedih sebab last bersekolah . terpisah dengan kawan kawan . rinduuuu semua . banyak kenangan manis pahit  . kena puji kena marah kena macam macam lahh . ujian hidupp . apa apa pun aku harap tahun baru 2015 nih akan lebih baik dari tahun lepas amin . 

dah lah aku tak nak taip pepanjang . hilang idea nak taip apa . padan muka aku sebab dah lama tak update sampai tak tahu nak taip apa . erghh .
hope korang enjoy for this entry .
bubye =D
Assalamualaikum