Friday 31 October 2014

mohon restu 2014

Assalamualaikum

majlis mohon restu ni setiap tahun sekolah aku buat,yang ni kali ke berapa tah aku pun tak tahu .bila semua diberitahu ada majlis mohon restu je,mula lah terfikir nangis semua bagai terutama sekali aku lah hahaha . memula ingatkan tak nak nangis macam masa pmr dulu, control je mata ni dari nangis konon malu hahaha .tapi ni sehari sebelum majlisnya dah nangis dulu,dengan aku aku sekali terjoin nangis T_T 

masa hari mohon restu tu first first sampai sekolah control lah juga daripada nak nangis . dengar ceramah tentang spm semua . 




bila masa untuk sesi bersalam salaman,aduhhh aku dah macam orang tak betul . konon cakap tak nak nangis japgi sampai je kat cikgu kimia aku,haa kau terus mengalir airmata aku . tah kenapa tetibe terlebih sedih lak hahaha .





dah lepas salam cikgu,dengan kawan kawan lak ,ok part yang tu memang aku tak tahan . memang nangis tak henti henti lah kan . pastu boleh sambung kat kelas minta maaf dengan budak budak laki . aku je yang over feeling terlebih,budak laki control habis -.-







macam macam gaya ada dalam kelas , dengan sibuk maaf nya dengan selfie nya hahaha . mata dah macam apa dah nasib baik ada camera 360 hahaha tak nampak sangat walaupun mata agak dah sepet sikit hahahhaha .



lepas dah puas nangis semua ,kiteorang kumpul kat kantin untuk pergi kemaskan dewan peperiksaan . nervous gila gila lah walaupun reramai jalan .


dah sampai dewan ,lain pulak jadinya .kena tunggu kat luar pastu dengan melayan perangai masing masing manjang bergambar . lepas nangis ketawa lak . dengan berjoget nya hahahaha 


alololo aifaa
 sempat lagi berdrama -.-


sentap mak uiiii

dah tak boleh nak senyum sebenarnya -.-

yayyy dah boleh duduk . k hapy happy jugak tapi nervous dia tuh k tak tahu nak cakap apa . tengok meja sebelah alahai jauhnyaaaa .


dah habis semua say bye to our classroom . k actlly sedihh gila . 

apa apa pun dah alang alang kat sini , aku nak minta maaf lah kat semua family aku,kawan kawan aku,saudara sepupu pak cik mak cik aku dan orang orang nak mengenali diri aku,aku minta maaf kalau ada menyakitkan hati korang semua,terkasar bahasa ke. selama aku update blog ni juga kalau aku terlebih over maafkan eh .halalkan makan minum aku and wish me luck for my spm 

aku doakan juga batch 97 dapat result yang cemerlang !
so disini sahaja lah untuk entry kali ini .hope you guys enjoy !
assalamualaikum . bubye =D

No comments:

Post a Comment