Assalamualaikum
buat kali keduanya pergi legoland yayyyyyyyyyy
habis je exam spm,esoknya terus gerak pergi legoland . ok,rasa excited,nervous,tak sabar semuanya ada . malam sebelum pergi legoland dah macam macam fikir dalam kepala otak ni . rasa macam diri ni tak terkawal pun ada . kepala otak dah terbayang bayang roller coaster semua haihhh makin dah tak betul dah aku . actually malam tu aku tak boleh nak tidur sebab excited sangat . so,tidur berapa jam je pastu bangun bukan main awal lagi kau .tak sabarnya punya pasal .
pukul 8 pagi dah berkumpul kat rumah farah sekali breakfast kat sana tapi lapan setengah baru aku gerak pi rumah farah .haha .sampai rumah farah sarapan semua tunggu yang lain sampai pastu aunty dah sampai yayyyyy . kiteorang sewa van sekolah dengan aunty van aku . nasib baik lah ada transport .
sepanjang perjalanan kiteorang memang kerjanya nyanyi je lah . al maklumlah van sekolah ni takde radio so macam macam suara ada dalam van . dengan sumbang,sengau semualah . nyanyi syok sendiri memang gitu hahaha . tadah jelah telinga
k aku memang over |
we jump ! |
k sebenarnya kat sini je dah ambil masa yang lama nak bergambar haha . nasib ada abang legoland kat sana boleh bergambar reramai . boleh dikatakan kiteorang yang lama bergambar .
yang lain semua sibuk dalam toilet , aku ngan atiqah dah tak sabar nak masuk
yayyyyy dapat lagi bergambar dengan patung lego berdengkur ni .tah bila nak henti dengkur dia tu . setiap kali nak bergambar dengan lego ni mesti nak ketawa . k tak senang aku nak bergambar . bunyi dia haihhhhh
agak agak dah pusing pusing tengok bangunan bangunan lego pastu terus gerak pergi main yayyyyyyyyy
first sekali kiteorang main apa tah nama bende alah ni . dia lebih kurang game cawan pusing pusing tu lah haaha
bila aku je memang separuh nampak |
ok agak pening lah jugak naik bende alah ni . makin laju . tapi cuba untuk tak pening sebab fikir baru satu permainan k rilex haha
ok naik projek x yang buat kali pertamanya aku naik sebab yang memula dulu aku pergi ,aku tak naik sebab takut ahha . tapi entah kenapa terasa excited nak naik haha . sampai je atas aku dah macam orang tak betul rasa macam nak patah balik pun ada haha . sekali nak turun je hambik kau dia punya laju dia Allah je lah yang tahu . cerun gila . aku rasa macam jantung aku dah hilang time turun tu hahaha . pastu ingatkan dah takde dah turun turun gitu lagi rupanya ada kat belakang ok redha je haha .
sekali je aku naik projek x time tu pastu dah tak naik dah . haha . tapi memang mencabar gila ahh . besttttttttttt
lepas tu kiteorang pergi tempat star wars . baru lagi . dalam tu ada lah kena tengok movie jap pastu jejalan tengok lego star wars .pastu keluar nampak maskot star wars yayyyyyyyyyy cepat cepat ambil gambarr
dah lepas tu,kiteorang naik roller coaster the dragon . yayyyyyyy lagi . the dragon ni ada dua sebenarnya . ada yang track besar ada yang track kecik . dua dua kiteorang naik . yang besar kiteorang naik 4 kali . yang kecik kiteorang naik 3 kali non-stop . k bestttt gilaaaaa .memang saja jerit kuat kuat biar satu legolandtu dengar . lepaskan gian lepas spm . al maklumlah haha . pening tak pening dibuat nya tapi nasib aku tak mabuk . yang lain ada lah yang dah mabuk .so naik berapa kali jee huhu
dino island tak silap lah nama bende alah ni . akhirnya dapat juga naik lagi yayyyyyy . bende lah yang paling aku nak naik sangat sebab ada air hahaha . tapi kali ni aku pergi ,baru sekali je turun dah basah gila .kiteorang naik dua kali non stop .memang mandi lah kannn . tapi sedih tak dapat naik lagi huhu dapat naik dua kali jee huhu tak puas ok
drama queen jap |
akhirnya dapat juga main bende alah ni . lebih kurang bomba lahh ,haha aku tak tahu apa nama bende alah ni .kiteorang lawan and of course lah kumpulan aku menang .well hahaha
bawa boat yang comel ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi . aku naik dengan sofea,sofea yang bawa yayyyyyyy . lambat dia haihhh tak tahu nak cakap .rasa macam nak terjun dalam air berenang je
k najwa cakap dan terus cakap |
yayyyyyy tengok movie 4d . rasa over excited sebab dalam ada air cond kan pastu ada angin kuar ada asap hijau ada hujan jap hahah memang bestttt
singgap jap kat apa tah nama tempat ni . buat lego . aku punya semangat nak buat bentuk bangunan japgi lagi jadinya . yang lain semua muka nak khusyuk habis kannn
fokus k |
haa cer teka haiwan apa tuu |
dah lepas tu kiteorang main nama tempatnya airport tak silap lahh . naik kapal terbang tu rasa macam kembali pada zaman kindergarden pulak haha
amboi farah sukanyaaa |
lepas tu sempat main bende ni . aquawave apa tah haha . memang best ahh . azamat dengan farah nak dengki aku tapi tak kena punnnnnn hahhaa
jejalan sempat tengok persembahan tak tahu lah apa tajuk nyaa . nampak princess alahai comelnya suara dia cantik pulak tuuuu . siap joget joget lagi
again,aku memang over -.- |
semua permainan kiteorang dapat main . sorry tak semua gambar yang aku share kat sini sebab banyak sangat . kalau nak tahu apa lagi yang best kat legoland tu datang laa legoland yeee . lagipun yang certain permainan kiteorang tak ambil gambar sebab dah syok sangat main haha
haritu memang hari yang paling best lahh . lelagi dapat naik roller coaster the dragon banyak kali non stop pulak tu hehe . dari pagi sampai lah kul 6 berapa tah kat situ . sampai rumah magrib .
apa apa pun memang best ,rasa macam nak pergi lagi legoland . rasa macam tak puas pun ada *nampak tak tamak tuu -.-
akhirnya tercapai juga plan kiteorang pergi legoland . bagi budak lelaki sorry tak ajak sebab ni plan budak perempuan jee yang si azamat tu pun sebab nasib jee dapat pergi . lain kali insya Allah kita pergi ramai ramai ok .
tapi kiteorang semua memang enjoy lah haritu .
so,sampai disini sahaja lah entry kali ni .
Assalamualaikum.bubye =D
No comments:
Post a Comment